Rindu???

Salam buat semua.Sudah agak lama aku x menulis dlm blog ni….Kebanyakkannya aku cume akan menampal semula artikel-artikel menarik yg diambil dari mana2 blog lain ke dlm blog aku ni.Sibuk dengan mcm2 hal dan masalah antara sebab utama aku jarang mengupdate blog.Aku baru saja selesai mendonlod “Water Horse”,cerita agak menarik utk ditonton.Dah agak lama x menonton wayang,jadi aku lebih gemar mendonlod sahaja movie2 yg ku rasa teringin nak tonton.

Cukuplah dgn permulaan td.Kali ni,aku cume nak menulis tentang “RINDU”. Aku rindu dgn mcm2 hal pada masa skang ni.Aku rindu suasana kolej dulu.Suasana lepak bersama2 teman2 sekolej,suasana bergelak tawa bersama kawan2.Aku rindu dgn keadaan itu.Sudah 2 tahun aku tinggalkan suasana kolej.Dan sudah 2 tahun jugala aku bertukar profesion sbg pekerja.Ah,sungguh bosan semua ini.Terpaksa memikirkan tentang byk benda.

Rindu, aku juga merindui seseorang, seseorang yg pernah bertakhta dalam hati ni.Seseorang yg pernah buatkan hidup aku ceria dan happy selalu.Seseorang yg bisa buat ku kerisauan jika dia lambat pulang ke rumah.Seseorang yg selalu menhiasi mimpi2 indah ku.Dah setahun aku tinggalkan(ditinggalkan) dia.Dan dah setahun juga la aku menjalani kehidupan sebagai lelaki single.Aku masih lagi merindui dia.Walaupun dah setahun x lagi bersama.Aku masih lagi rindu akan suaranya,senyumannya dan tawanya.Mungkin dah bukan jodohku dgn dia.Tapi, aku bersyukur kerana aku pernah dapat seorang yg begitu ikhlas berkawan ngan ku.Dan aku juga berterima kasih pada nya kerana hadir dlm hidup aku.Aku x tau apa akan berlaku kalau aku x bertemu dgn dia dulu.Mungkin sampai sekarang aku masih single lagi.Aku ingat lg pertemuan pertama aku dan dia 4 tahun yg lalu.Tanggal 14 Mac 2004 masih lg segar dlm ingatan ku.Aku jumpe dgn dia buat pertama kalinya di The Mall KL.Dan aku x sangka akan melalui saat indah bersama dia selama 3 tahun.Satu jangka masa yg panjang utk aku lupakan dia sekelip mata sahaja.Biarlah masa yg tentukan.Aku x nak terlalu memikirkannya.

Aku dah x tau apa nak ditulis lg.Apa2 pon, aku akan cari lagi cerita2 menarik utk aku coretkan dalam blog aku ini.Dan x lupe pada kawan2 kolej aku yg baru berjinak2 dlm penulisan blog,korang jgn biarkan blog korang tuh bersawang sgt beb.Selalu2 la bersihkan dgn entri2 baru.Okla.aku dah terlalu mengantuk.Waktu dah pon menunjukkan pukul 3.16 pg.Waaa,mengantuk la aku esok kat tempat kerja.Adess…

Salam…

p/s:::Tahniah buat kerajaan baru pimpinan Barisan Alternatif di 5 negeri di Malaysia…..

3 comments March 18, 2008

Cinta x perlu sebab…..

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,

“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu…..

3 comments February 29, 2008

Happy…..Are you??

Salam utk sume….
Firstly..aku nak minta maaf pada Khai coz dah lama aku x update blog ni….Keje yg makin banyak ditambah ngan masalah2 yg melanda menyebabkan aku sudah semakin jarang utk mengupdate blog.Maaf sekali lagi…..

Happy

Ok….Mengenai entry kali ni…aku nak review pasal Happy….Sumenye bermula bila aku borak2 ngan Musnaz….So..Musnaz suruh aku baca review Happy ni kat blog Mohd Ismail…..Waa….x sangka aku ada plan baru utk pengguna mcm aku ni…Plan yg menarik..Memang Happy….

Maka….pada awal tahun 2008….aku dengan rasminya menjadi pengguna Happy….Beli kat Giant Shah Alam tu…Huhuhu..Memang best….Bermula saat tahun baru…..aku dah menggunakan Happy…jimat beb….Bagi korang yg x tau apa tuh Happy…Jom usha Happy.

Kat bawah ni aku review skit apa yg ditawarkan oleh Happy utk korang sebagai pengguna…

Happy Plan

So…apa lagi…Jom la bertukar pada Happy….tp sebagai number kedua je la kot….Hahha…Sayang beb….number skang ni dah terlalu byk berjasa pada aku….So…Happy hanya berguna pada aku kalau nak bergayut sakan la beb…Huhuhuhu…

Apa2 pon..aku memang HAPPY…….

6 comments January 6, 2008

Previous Posts


 

November 2009
M T W T F S S
« Mar    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Meta

Archives

Best of Link

Link kawan-kawan

Blog Stats

Spam Blocked