Archive for June, 2007

Transformer 2007


Transformer 2007
Transformer 2007

Ok…kali ni nak review skit filem yg paling ditunggu2 utk tahun 2007 ni selepas Spiderman 3.Hahaha….Aku yakin,ramai yg x sabar2 nak tgk filem ni kat wayang(ada yg dah tgk kot coz dah dilancarkan di Malaysia pada 28/6/07).Apa2 pun…hasil arahan penerbit terkenal Micheal Bay, memang menjanjikan satu kelainan dalam industri perfileman Hollywood.Filem yg dibintangi oleh Shia LaBeouf, Travis Van Winkle, Josh Duhamel, Jon Voight, Megan Fox pasti akan membawa anda pada satu dimensi tanpa batasan.

Cerita yg mengisahkan tentang 2 kumpulan robot iaitu Autobots dan Decepticons yg bertarung di bumi.Penduduk bumi terpaksa memilih utk memihak kepada siapa…Siapa pilihan anda???

Jgn lupe menonton filem Transformer 2007 ini di pawagam yg berhampiran…Ajak kawan2 ke,pakwe,makwe sume gi tgk filem ni…Rugi woo kalau x tgk…Apa2 pon…Pastikan anda memilih dengan BIJAK. :lol: :lol: :lol:

*Edit semula atas kesilapan tarikh tayangan*

7 comments June 29, 2007

Scukz New Theme???


Scukz new theme

*Pic diculik dari scukz sendiri. :mrgreen: :mrgreen: *

Ok…kali nih cume nak update pasal website scukz.Huh….dah berwajah baru la….Smart weyh…dgn theme biru..nampak lebih ceria dan sedap mata memandang.Akhirnya,khai take note gak pasal theme ni..Ye ar….setelah didesak oleh scukerz sume…Hahahaha….

Tuh pasal theme scukz..Skang nak citer pasal user2 scukz yg bakal menyepikan diri wat seketika atas urusan belajar…Adess…ramai gak la yg dpt tawaran IPTA dan IPTS…Sume user2 otai lak tuh…kompem la scukz akan kelihatan muram tanpa mereka.Ish..antara scukerz yg terlibat dlm masalah ni ialah—->
1.Nawkaz
2.Yana
3.Flameduplica
4.Khai(yg ni xpe,coz memang ari2 online)

Hurm…tuh antara user yg aku tau la..X tau la yg lain2 tuh mcm mana lak..
Di samping tuh..aku berharap gak la..scukz akan menarik lebih ramai user join scukz..coz aku tgk makin ramai yg join…Waaa…satu berita gembira wat admin dan mod kat scukz..Moga scukz terus maju dan sukses ya???

Hahahaha…Ok….sampai sini dulu…lain kali sambung.

-OUT-

5 comments June 29, 2007

Orang yang mencintai kamu…..

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ’selamat pagi’,’selamat hari minggu’, ’selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan
dalam cara yang berbeda, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia
menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti
menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan
kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya
sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia
tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

3 comments June 27, 2007

Previous Posts


 

June 2007
M T W T F S S
    Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Meta

Archives

Best of Link

Link kawan-kawan

Blog Stats

Spam Blocked