Archive for September, 2007
Dalam hati ada cinta???
Dalam hati saya ade awak
Hari tu kita gaduh.
Saya main-main.
Awk ingat betul-betul
Tak tau nk buat mcmana lg
Lantak awk lah
Semlm kita berselisih..
Saya buat dunno
Awak pandang saya
Saya buat dunno jugak
Degilnyer saya..
Saya nmpk awak
Saya nk panggil
Tapi awak x toleh
Sebab saya panggil awak dalam hati
Bodohnya saya..
Awak tegur saya
Saya buat dunno
Tapi awak xtahu happynya saya
Saya dengar awak cerita
Awak kata dah jatuh cinta
Sedihnyer saya
Awak keluar tgk wayang
Saya pun
Awak keluar dengan dia
Saya tengok aje
Awak call saya
Mengacau betul.tgh tido lah
Saya layankan aje
Awak ckp awak dah putus
Saya senyum sampai ke telinga
Tapi awak tak nampak
Saya cakap..
Kesiannya awak..
Hipokritnya saya
Hari ni awk datang lagi kat saya
Tapi awak luper
Saya sedih…
Awak mintak maaf
Saya senyum aje
Saya kata tak kisah
Tapi..saya marah giller sebenar nyer!
Saya dapat bunga
Cantik.suker sgt
Tapi tak tahu sape pengirimnya
Awak nampak
Awak terus balik
Saya panggil awak
Tapi awak tak toleh
Saya Cuma nak bgtahu
Awak.!!!!!LORI!!!!!!!!!
Saya kejar awak
Awak terus jalan
Saya tolak awak.
Awak jatuh.
Saya nampak lori
Betul-betul depan saya
Kalau ia sempat
Saya nak bagitahu.
saya masih sayang awak!!
6 comments September 30, 2007
Aku dalam dilema……
Salam buat semua…Maaf kerana aku sudah jarang untuk mengupdate blog ini.Maafkan aku khai,sejak akhir2 ini aku cukup busy dan risau dengan masalah yg melanda.Tak kisahla…kali ini aku nak update blog dgn menjawab tag yg diberikan pada aku sepanjang aku bz x update blog….
Ok..kita mulakan dengan tag dari Khai
Sejak bila anda mula berpuasa penuh??
> Sejak darjah 1 kot..Ntah la…dah lupe…tp yg pasti sejak aku kenal apa erti puasa….Huhuhu..
Pernahkah anda ponteng puasa dan apakah alasannya??
> Masa skola dulu la…. Pengaruh kawan2…Hehehe…
Adakah anda pernah bermain bunga api dan mercun??
> Adess..apa punyer soklan da…Mestila pernah….Best woo..
Juadah apakah menjadi kegemaran anda sewaktu berbuka??
> Kuih yg manis2 dan air soya….Pergh…
Lagu raya manakah yang anda suka??
> Ku mohon restu ayah bonda (Mamat Exist)
Tahun ini anda beraya di mana??
> Rumah la…Mcm biasa..
Pernahkah anda bertugas di hari raya??
> Tak pernah tapi teringin sangat…..Best woo….Double pay tuh…..Duit2….Hahhahha…..
Apakah kenangan paling manis di hari raya??
> Dapat beraya ke rumah si dia…..Hehheh….
Sebarkan tag ini kepada 8 orang sahabat bertuah pilihan anda.
> iqmal, ketuk_angel, adyla, Jinbara, Rora, Aiqha, yg lain2 aku x tau nak tag sapa dah….Hehhehe…..
Ok..abis satu tag….lepas ni nak buat tag dari Hard2K plak….
Apa erti Hari Raya pada korang??
> Hari kemenangan umat Islam setelah berpuasa selama sebulan…..
Apa yang wajib korang buat bila Hari Raya Menjelma
> Mohon maaf dengan semua, bertandang ke rumah sedara mara la….Pastu keluar raya rumah kawan2…
Pernah tak korang rasai Malam Lailatul Qadar??
> Blom pernah…..Teringin gak…..Ish2….biler la agaknya….
Bape Banyak Duit Raya pernah korang dapat??
> Paling banyak dalam Rm 150 je..Tapi tahun ni mungkin x dpt la….Dah tua la….hahhaha…
Kuih ape paling korang Suke Makan Masa Hari Raya??
> Kuih tat ngan Kuih baulu….
Letak gambar kenangan korang Masa Raya yang tak dapat dilupakan
>Aiseh..pic xde la…nanti aku update la..Ok??
Sebarkan tag ni kepada 2 orang rakan anda.
> Iqmal ngan ketuk_angel
Akhirnya…siap gak update tag ni…Adess…
3 comments September 26, 2007
Salam Ramadhan utk semua………..
Salam buat semua pengunjung blog ni.
Esok, bermulalah ibadah puasa bg tahun 1428 hijrah.Syukur kita kepada Allah s.w.t kerana dengan izinNya dapat kita menyambut bulan Ramadhan sekali lagi pada tahun ini.
Ramadhan,bulan yg didalamnya terdapat bermacam-macam kelebihan dan kita sebagai umat Islam hendaklah berusaha merebut kelebihan ini dengan mengerjakan banyak amalan-amalan yg digalakkan.Yang paling sinonim dengan bulan Ramadhan mestilah amalan solat terawikh.Tahukah anda bahawa setiap malam dalam bulan Ramadhan itu telah tersedia kelebihan yg dijanjikan Allah kepada hamba-hambaNya yang soleh.
Antara kelebihan-kelebihan solat sunat terawikh ialah (more…)
5 comments September 12, 2007