Archive for September 1st, 2007
At last……
Salam…
Akhirnya.Hari ni 1 September.Blog aku dpt kembali beroperasi seperti biasa.Setelah 2 hari Scukz.com ditutup kerana masalah yg x dpt dielakkan oleh pihak admin.Risau juga aku,adakah blog yg aku buat ni akan berkubur bergitu sahaja.Yela, aku masih blom blaja mcm mana nak backup blog.Harap2 ada la yg sudi ajar mcm mana nak backup blog ni agar post2 aku x hilang mcm tuh jek.
Smalam merupakan hari kemerdekaan negaraku yg ke 50.Perayaan yg sentiasa disambut dgn meriahnya oleh semua golongan masyarakat.Bg perayaan pada tahun ni,seperti biasa, acara dimulakan dgn perbarisan di Dataran Merdeka dan bersambung sehingga malam di tempat sejarah bermula, Stadium Merdeka. Tempat yg 50 tahun dulu berkumandangnya suara Almarhum Tunku Abdul Rahman melaungkan Merdeka sekali lagi digunakan utk acara pada tahun ini.
Aku seperti biasa, seperti tahun2 sebelumnya tidak pergi kemana2 pun utk menyambut ambang kemerdekaan.Lebih baik aku duduk di rumah sambil menyaksikan acara di kaca TV daripada aku bersesak2 dgn puluhan @ jutaan orang yg sanggup berkumpul di depan Bangunan Sultan Abdul Samad semata2 utk menyambut ambang kemerdekaan.Dan aku juga yakin, rata2 yg datang belom tentu merdeka dari segi “pemikiran”.Lantak la dgn mereka, bg aku, erti kemerdekaan sudah cukup bermakna bg aku.Terlalu besar nilainya utk aku bandingkan dgn usaha mereka yg bersusah payah utk memperolehinya.
50 tahun telah berlalu, bermacam2 dugaan dan cabaran melanda kita.Tapi, mampukah kita menghadapi dugaan 50 tahun akan dtg.Sama2 la kita berusaha mempertahankan kemerdekaan yg kita telah capai ini.Moga negaraku ini akan sentiasa aman dan semangat perpaduan antara kita bangsa2 di Malaysia x kan pudar ditelan arus pembangunan.
Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!
Add comment September 1, 2007