Archive for September 5th, 2007

Black Sheep

Salam buat semua..

Smalam, 3 September 2007, sempat gak aku membawa diri ke TGV kat Jusco utk menonton wayang.Kali terakhir aku tonton wayang 2 minggu lepas.Seperti biasa, masih keseorangan menonton wayang.Kalau dulu, menonton wayang sorang2 dianggap giler oleh aku.Tp skang, lantak la.Aku single, dan aku rasa lebih puas hati tgk wayang sorang2 dari ada sesiapa di sebelah.Hehehhe….

Ok…smalam aku pegi menonton citer yg baru release.”Black Sheep” citer mengenai kambing biri-biri yg bertukar menjadi zombie.


Black Sheep Poster

Semuanya bermula di sebuah ladang milik keluarga Oldfield di New Zealand.Oliver Oldfield(bapa) mempunyai 2 orang anak lelaki iaitu Angus Oldfield(abang) dan Henry Oldfield(adik).Ketika kecil, Henry mempunyai pengalaman buruk dengan biri-biri, ini kerana abangnye telah membunuh seekor biri2 kesayangan Henry dan bertindak menakutkan Henry dgn biri-biri tersebut.Disebabkan itu,Henry telah mengalami fobia yg teruk terhadap kambing biri-biri.Dan pada ketika itu juga, ayah merek telah mengalami kemalangan yg mengakibatkan kematian akibat terjatuh ke dalam gaung akibat cube mengejar seekor biri-biri yg buta.

Masa berganti masa, Henry telah lama meninggalkan ladang mereka kerana menjalani kehidupan di bandar selain terpaksa berjumpa terapist utk membantu dia menghadapi fobia nyer itu.Henry akhirnya pulang semula ke ladang itu.Kerana ingin menjual sebahagian ladang tinggalan ayahnye kepada abangnye Angus yg kini bergelar peladang yg berjaya.Angus pula telah melantik beberapa orang utk menjalankan kajian terhadap kambing biri-biri agar mereka mampu menghasilkan biri-biri yg mampu menghasilkan baka yg terbaik.

Masalah mule timbul apabile 2 pencinta alam telah menceroboh ladang Angus dan mencuri satu botol spesimen yg patutnye dilupuskan.Botol spesimen itu mengandungi anak biri-biri yg telah bertukar menjadi zombie.Salah seorang dari pencinta alam itu telah digigit oleh biri-biri tersebut menjadikan dia sebagai manusia biri-biri zombie.Ini kerana jika manusia yg terkena gigitan mereka akan betukar menjadi biri-biri jadian.Huh, menakutkan.

Henry terpaksa menghadapi fobianye semula apabile seluruh ladang ternakan biri-biri itu telah menjadi zombie.Henry terpaksa menyelamatkan dirinye dengan ditemani Experience, seorang pencinta alam yg terselamat selepas kawannya digigit oleh biri-biri zombie itu.

Macam2 masalah dihadapi oleh mereka sepanjang perjalanan mereka utk menyelamatkan diri.Angus pule telah dgigit biri-biri zombie.Masalah bertambah rumit apabile Angus mengadakan persidangan utk memperkenalkan baka biri-biri yg terbaik di temui hasil kajian orang-orangnye.Biri-biri zombie telah menyerang persidangan itu menyebabkan semua mereka menjadi zombie biri-biri.

Ikuti semua ini dalam citer “Black Sheep” ini.Ratingnye 18PL.Aksi ganas memang melampau disamping suspens yang bisa buat jantung anda berdegup kencang.Ikuti bagaimana Henry mengatasi masalah ini dan bagaimana pule nasib abangnya Angus Oldfield???

Aku bagi 4/5 bintang utk citer “Black Sheep” ini.Jom ajak2 kawan2 sume pergi menonton cerita ini.Okla, setakat ni review utk kali ini.Tunggu pule review movie yg akan datang yer…..

3 comments September 5, 2007


 

September 2007
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Meta

Archives

Best of Link

Link kawan-kawan

Blog Stats

Spam Blocked